REVITALIZATION OF SCHOOLING EDUCATION BASED ON CIVIL SOCIETY POWER (The Case Study of School Strengthening in Muhammadiyah 1 Depok Secondary School Yogyakarta Indonesia)

Suwadi, . (2013) REVITALIZATION OF SCHOOLING EDUCATION BASED ON CIVIL SOCIETY POWER (The Case Study of School Strengthening in Muhammadiyah 1 Depok Secondary School Yogyakarta Indonesia). In: PROSIDING SEMINAR INTERNASIONAL PENDIDIKAN SERANTAU KE-6 6th International Seminar on Regional Education UKM-UR2013 Kualiti dan Kecemerlangan dalam Pendidikan. Prosiding (-). Jurusan PAI Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan, Selangor, pp. 1-29. ISBN 978-983-2267-54-6

[img]
Preview
Text (PROSIDING SEMINAR INTERNASIONAL PENDIDIKAN SERANTAU KE-6 6th International Seminar on Regional Education UKM-UR2013 Kualiti dan Kecemerlangan dalam Pendidikan)
Dewan Rafflesia - PROSIDING SEMINAR INTERNASIONAL PENDIDIKAN SERANTAU KE-66th International Seminar on Regional Education UKM-UR2013 Kualiti dan Keceme.pdf - Published Version

Download (5MB) | Preview

Abstract

KATA PENGANTAR DEKAN Prosiding ini mengumpulkan artikel ilmiah yang dibentangkan di Seminar Internasional Pendidikan Serantau Kali Ke‐6 2013 yang diadakan di NIOSH Bangi Malaysia pada 22 dan 23 Mei 2013. Seminar ini dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan (FKIP), Universitas Riau (UR) dengan kerjasama daripada enam buah universiti, iaitu Universiti Malaya, Universitas Negeri Yogyakarta, Universitas Pendidikan Indonesia, Universitas Negeri Padang, Universitas Ekasakti Padang dan Kolej Universiti Perguruan Agama Seri Begawan. Penglibatan pelbagai universiti dari tiga negara serantau dalam satu seminar yang besar ini merupakan satu sejarah di peringkat fakulti. Justeru, kerjasama sinergi sebegini perlu diteruskan demi kemajuan pendidikan serantau. Setiap negara, baik di Malaysia mahupun di Indonesia dan Brunei Darussalam, aspek kualiti pendidikan amat diberi penekanan. Kementerian Pelajaran Malaysia misalnya telah merangka suatu pelan yang dinamakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PPPM ini dirangka sebaik mungkin dengan antara objektif lainnya adalah untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dalam akademik dan juga sahsiahnya. Demikian juga di negara Brunei Darussalam. Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 atau SPN 21 juga antara lain bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya setanding dengan negara-negara maju. Di negara Indonesia, Sistem Pendidikan Berbasiskan Sekolah juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan pelajar di seluruh Indonesia. Justeru, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kualiti pendidikan adalah prioriti kepada semua negara serantau. Saya merakamkan berbanyak terima kasih kepada ucaptama sesi plenari, Prof. Dr. Farida Hanum (Universitas Negeri Yogjakarta), Prof. Dr. Ashaluddin Jalil (Universitas Negeri Riau), Prof. Dr. Sharial Bachtiar (Universitas Negeri Padang), Prof. Dr. Amin Embi (Universiti Kebangsaan Malaysia), Prof. Dato’ Dr. Hussein Ahmad (Universiti Malaya), Prof. Dr. Ahmad Dardiri (Universitas Negeri Yogjakarta), Prof. Dr. Adang Suherman (Universitas Pendidikan Indonesia), dan Dr. Abdullah Awang Ampoh (Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan). Mereka adalah pakar pendidikan di rantau ini yang berperanan penting dalam mewarnai corak dan sistem pendidikan serantau. Penghargaan juga ditujukan kepada pengerusi sesi plenari, Prof. Madya Dr. Wan Hasmah Wan Mamat (Universiti Malaya) dan Prof. Dr. Zuria Mahmud (Universiti Kebangsaan Malaysia). Harapan saya agar kompilasi artikel dalam prosiding ini dapat menjadi sebahagian rujukan utama kepada ahli akademik, guru-guru, pembuat dasar dan juga masyarakat awam. Terima kasih. Prof. Dr.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Kualiti dan Kecemerlangan dalam Pendidikan
Subjects: Kependidikan Islam Jurnal
Divisions: Prosiding (Proceeding)
Depositing User: Sugeng Hariyanto, SIP (sugeng.hariyanto@uin-suka.ac.id)
Date Deposited: 19 Feb 2020 15:50
Last Modified: 19 Feb 2020 15:51
URI: http://digilib.uin-suka.ac.id/id/eprint/38485

Share this knowledge with your friends :

Actions (login required)

View Item View Item
Chat Kak Imum